Laman Web Rasmi Jabatan PERHILITAN

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Bagaimana ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Perjalanan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang. Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan kepada pelawat yang datang. Jika berminat pelawat boleh membuat sumbangan kepada Tabung Amanah Gajah.

Penginapan

Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.

Perkhidmatan Pemandu Pelancong

Perkhidmatan Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi semasa berada di PKGK Kuala Gandah adalah pilihan terbaik jika pelawat ingin memdapatkan lawatan yang berinformasi. Pakej Nature Guide

Jadual Aktiviti Pelawat
10.30 PAGI
TempatAktiviti
Pintu UtamaPintu utama dibuka untuk pengunjung. Letakkan kereta di kawasan parkir dan daftar di bangunan pendaftaran.
10.30 PAGI – 3.30 PETANG
TempatAktiviti
1. Pagar Elektrik (Kawasan Pemerhatian Gajah)
2. Kawasan Bayi Gajah
Memberi makan gajah dan mengambil gambar
12.00 TENGAHARI – 2.00 PETANG
TempatAktiviti
Auditorium (Bangunan Pendaftaran)Video Translokasi
11.15 PAGI – 11.30 PAGI (Akhir Minggu / Cuti Umum)
2.15 PETANG – 3.00 PETANG (Setiap Hari)
2.45 PETANG – 3.15 PETANG (Jumaat Sahaja)
TempatAktiviti
1. Riverside di kawasan bayi gajahGajah dewasa mandi bersama mahout (bergantung pada paras air sungai dan cuaca) – sesi ke-2 hanya pada 2.15 PETANG
2. PentasPersembahan Informasi (ikatan antara gajah dan mahout, bergantung kepada cuaca)
3. Bersebelahan kawasan bayi gajahBersahabat dengan bayi gajah (bergantung pada keadaan kesihatan bayi gajah)
3.30 PETANG
TempatAktiviti
Pintu UtamaPintu utama ditutup untuk pengunjung. Mereka yang masih berada di dalam boleh kekal sehingga 4.15 PETANG.


Semua perlaksanaan aktiviti pada pukul 2.15 petang bergantung kepada paras air sungai dan juga keadaan cuaca semasa. Jika paras air sungai tinggi dan hujan lebat, tiada sebarang aktiviti akan dilaksanakan. Sekian terima kasih

*Kemaskini pada 12 November 2023 boleh berubah tanpa sebarang notis

Waktu Lawatan
HARIMASA
Isnin – Ahad10.30 pagi – 3.30 petang


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur, Malaysia

Tel : 017-629 8740 (Panggilan & Whatsapp)
E-mel: necc@wildlife.gov.my
Website: www.wildlife.gov.my

Notis:

Jabatan PERHILITAN ingin menjelaskan bahawa maklumat di laman web selain daripada www.wildlife.gov.my seperti www.myelephants.org, http://elephantsanctuarymalaysia.blogspot.com, www.viator.com/kl-elephants dan sebagainya tiada sebarang kaitan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

Jabatan PERHILITAN adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala pengurusan gajah di Semenanjung Malaysia dan tidak menerima sebarang kutipan wang daripada orang awam melalui akaun bank pihak ketiga.  Sekiranya terdapat sebarang nombor akaun untuk tujuan derma atau tabung bantuan gajah yang diwujudkan, ianya adalah atas usaha mereka sendiri tanpa pembabitan dan pengetahuan Jabatan PERHILITAN.

Harini: 6