Pihak Jabatan memerlukan nama pengadu, nombor kad pengenalan, nombor telefon (telefon rumah atau bimbit), alamat, lokasi dan masa kejadian serta spesies yang mengganggu.
Pihak Jabatan PERHILITAN akan menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja selepas aduan diterima. Namun kebanyakan kes aduan akan diambil dengan segera setelah maklumat diterima.
Tiada sebarang bayaran dikenakan ke atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan PERHILITAN dalam isu gangguan hidupan liar.
Kucing liar/anjing liar adalah di luar bidang kuasa Jabatan PERHILITAN untuk mengambil tindakan dan ia terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh itu aduan hendaklah diajukan kepada pihak yang berkenaan.
Sila hubungi Jabatan PERHILITAN di talian 03-9086 6800 (Ibu Pejabat PERHILITAN) atau pejabat Jabatan PERHILITAN Negeri yang berhampiran. Aduan juga boleh disalurkan melalui surat kepada Ketua Pengarah, Jabatan PERHILITAN, KM. 10, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur; atau menggunakan sistem eAduan seperti yang terdapat di dalam laman web Jabatan PERHILITANÂ http://www.wildlife.gov.my
Aktiviti memberi makanan kepada Kera juga akan mengubah lakuan Kera tersebut dengan bergantung kepada manusia untuk mendapatkan makanan. Ia juga akan menghilangkan rasa takut Kera terhadap manusia dan akan mudah menyerang manusia apabila tidak mendapat bekalan makanan daripada manusia.
Tindakan tangkap pindah akan diambil terhadap kumpulan Kera yang mengganggu di kawasan perumahan dan kawasan pertanian. Kera-kera yang ditangkap akan dipindahkan ke habitat yang lebih luas dan sesuai. Namun tindakan penghapusan secara tembak mati atau tangkap-hapus secara humane akan dijalankan terhadap Kera yang agresif atau telah mula menyerang manusia.
Mengikut Seksyen 54, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], orang ramai boleh mengambil tindakan sendiri dengan menangkap/menembak mati Kera yang mengganggu tanaman mereka setelah semua usaha-usaha yang munasabah bagi menghalau Kera-kera tersebut telah diambil. Mereka juga perlulah melaporkan tindakan yang telah diambil tersebut tanpa bertangguh kepada Jabatan PERHILITAN berhampiran.
Ini bagi membolehkan tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan terhadap tanam-tanaman atau bagi mengelakkan gajah-gajah tersebut mengancam keselamatan penduduk.
Penggunaan pagar elektrik yang diselenggarakan dengan baik adalah langkah yang terbaik bagi menangani masalah gangguan gajah.
Tindakan tembak halau terhadap gangguan gajah akan dijalankan di kawasan gangguan yang terletak berhampiran dengan hutan besar. Tindakan tembak halau juga dijalankan apabila lokasi kejadian tidak sesuai dijalankan operasi tangkap-pindah gajah.
Langkah yang terbaik bagi mengelakkan gangguan harimau ialah dengan memastikan kebun dibersihkan daripada semak belukar.
Serangan harimau terhadap haiwan ternakan dapat dielakkan dengan mengurungnya di dalam kandang pada waktu malam.
Elakkan bangunan daripada mempunyai dinding dan lain-lain struktur yang boleh menjadi tempat tenggek untuk burung-burung tersebut atau tempat bergayut untuk kelawar. Jika bangunan sudah sedia ada, pasangkan jaring di tempat-tempat masuk yang berpotensi menjadi tempat tidur burung-burung/kelawar tersebut. Hubungi Jabatan PERHILITAN yang terdekat untuk bantuan dan mendapatkan khidmat nasihat.