Anda juga boleh menghubungi Pejabat PERHILITAN Kuala Tahan di talian 09-2661122 faks 09-2664110 atau email di tnp@wildlife.gov.my untuk keterangan lanjut.
Walaubagaimanapun, anda boleh melayari internet “Taman Negara” bagi mendapatkan pilihan penginapan lain di kawasan berhampiran. Berikut senarai penginapan dan nombor yang boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan:
Untuk makluman anda, Taman Negara meliputi tiga buah negeri di Semenanjung Malaysia yang terdiri dari Taman Negara Pahang, Taman Negara Terengganu dan Taman Negara Kelantan. Pelawat boleh memasuki Taman Negara melalui empat Pintu Masuk Utama iaitu Taman Negara Pahang, Kuala Tahan di bahagian selatan (merupakan destinasi ekopelancongan yang dikenali ramai), Taman Negara Pahang Sungai Relau, Merapoh (di bahagian barat), Taman Negara Kelantan, Kuala Koh di bahagian utara dan Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong melalui Tasik Kenyir.
Sila hubungi Pejabat PERHILITAN Kuala Tahan atau Sungai Relau, Merapoh untuk memaklumkan rancangan anda untuk mendaki Gunung Tahan. Bulan Ogos dan September merupakan musim puncak dan pendakian dihadkan kepada 48 orang sahaja sehari. Pejabat PERHILITAN akan menguruskan petunjuk arah (diwajibkan). Pendakian dari Kuala Tahan ke Merapoh akan mengambil masa 7 hari. Untuk perjalanan yang lebih pendek, anda boleh memilih perjalanan dari Merapoh dan balik ke Merapoh yang mengambil masa selama 5 hari.
Untuk makluman anda, rentis pendakian Gunung Tahan akan ditutup setiap tahun iaitu pada penghujung tahun yang dijangka bermula dari 15 November sehingga 15 Januari tahun berikutnya disebabkan keadaan cuaca yang tidak baik dan juga bagi tujuan penyelenggaraan rentis.
Taman Negara dibuka sepanjang tahun untuk pelawat. Walaubagaimanapun, beberapa aktiviti akan dihadkan bergantung kepada faktor cuaca terutamanya pada musim tengkujuh yang kerapkali berlaku pada hujung tahun.
Antara aktiviti-aktiviti yang dapat dijalankan di Taman Negara Kelantan, Kuala Koh termasuklah memancing, rentis hutan, pemerhatian burung, merentasi titian kanopi, tubing, berkenu, perjalanan bot dan berjalan malam. Penginapan yang disediakan termasuklah chalet dan asrama untuk bermalam.
Hanya beberapa bumbun sahaja yang mempunyai kemudahan untuk bermalam bagi pemerhatian hidupan liar. Memandangkan penginapan di dalam bumbun terhad, tempahan hanya dapat dibuat semasa anda sampai di Taman Negara di mana siapa dulu dia yang dapat. Sila daftar dan buat bayaran di Kaunter Informasi Taman Negara semasa anda tiba di sana.
Pada masa ini, memandangkan Taman Negara ini masih baru dan masih dalam proses pembangunan, tiada bayaran masuk yang dikenakan. Walau bagaimanapun, pelawat hendaklah mendaftarkan diri di kaunter Jabatan setibanya di kawasan tersebut.
Sekiranya anda ingin ke Kuala Tahan dari Jerantut menggunakan pengangkutan awam, anda boleh samada menggunakan perkhidmatan teksi atau bas yang boleh didapati di sekitar Bandar Jerantut. Adalah dinasihatkan bagi anda untuk memulakan perjalanan seawal pagi bagi menggunakan perkhidmatan ini.
Sungai Relau, Merapoh merupakan pintu masuk kedua ke Taman Negara Pahang dan merupakan destinasi tumpuan bagi pendakian Gunung Tahan. Ia terletak di bahagian barat Taman Negara, kira-kira 7 km dari pekan Merapoh, Pahang yang terletak di pertengahan jalan utama dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan. Pelawat boleh menggunakan perkhidmatan keretapi dari Singapura, Johor Bahru, Gemas dan Kota Bharu tetapi turun di perhentian Gua Musang memandangkan bukan semua keretapi akan berhenti di Stesen Merapoh. Bandar yang terdekat adalah Gua Musang (30 km). Sekiranya anda bercadang menggunakan perkhidmatan keretapi, anda boleh bermula dari Singapura di sebelah petang dan dijangkakan sampai di stesen Merapoh pada pagi keesokan harinya.
Taman Negara Pulau Pinang hanya menerima pelawat bagi kunjungan harian sahaja. Tiada penginapan disediakan di dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang. Walau bagaimana pun, anda boleh menginap di beberapa hotel yang terdapat di sekitar Batu Feringgi dan Teluk Bahang.
Sekiranya anda belum pernah ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, adalah sesuatu yang menarik sekiranya anda memulakan perjalanan anda ke Kuala Tahan melalui bot yang akan mengambil masa kira-kira 3 jam dari Kuala Tembeling. Anda juga boleh memandu atau menggunakan pengangkutan darat ke Kampung Kuala Tahan dan terdapat juga kemudahan parker untuk kenderaan yang disediakan. Anda juga dikehendaki menggunakan perkhidmatan bot menyeberangi sungai untuk ke Taman Negara yang mengambil masa kira-kira 5 minit.
Untuk makluman, Jabatan PERHILITAN tidak pernah menyediakan atau menyewa peralatan perkhemahan untuk pelancong bagi menjalankan aktiviti semasa mereka berada di Taman Negara. Anda adalah dinasihatkan untuk membawa bersama peralatan sendiri atau mendapatkan peralatan ini dari beberapa kedai yang terdapat di sekitar Kuala Tahan.
Terdapat beberapa rentis di Taman Negara Pahang yang boleh di jalankan aktiviti dalam masa tiga hari anda di Taman Negara. Untuk maklumat lanjut mengenai rentis, anda boleh berbincang dengan petunjuk arah setibanya di Taman Negara. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan petunjuk arah bagi perjalanan rentis-rentis yang jauh. Pegawai kaunter penerangan Taman Negara dapat membantu anda untuk mendapat petunjuk arah semasa perjalanan tiga hari anda di Taman Negara.
Tidak terdapat penginapan yang diuruskan oleh Kerajaan sebagaimana Jabatan PERHILITAN telah menyerahkan semua kemudahan penginapan, aktiviti-aktiviti, lawatan dan pemandu arah di dalam kawasan Taman Negara kepada Mutiara Taman Negara Resort. Bagi menempah dan pertanyaan mengenai penginapan, aktiviti, lawatan dan pemandu arah, anda boleh menghubungi dengan Mutiara Taman Negara Resort melalui laman web: www.mutiarahotels.com atau melalui talian 09-266 2200/09-266 3500 atau faks ke 09-266 1500. Anda boleh juga menghubungi Pejabat PERHILITAN di Kuala Tahan untuk maklumat lanjut di talian 09-266 1122; faks 09-266 4110 atau email ke tnp@wildlife.gov.my.
Untuk makluman anda, semua aktiviti yang dirancangkan adalah bagi memenuhi semua peringkat umur pelawat. Walaubagaimanapun, beberapa aktiviti perlu memerlukan pengawasan dari keluarga atau orang dewasa bagi memastikan keselamatan dan keseronokan menjalankan sesuatu aktiviti. Pihak Pengurusan Taman Negara kerapkali menjalankan pemeriksaan berkala terhadap semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam kawasan Taman Negara bagi memastikan keselamatan dan kesesuaian sesuatu aktiviti yang akan dijalankan oleh pelancong.