Perjalanan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Timur Barat. Keluar melalui persimpangan Lanchang dan bergerak menuju Raub. Papan tanda akan menunjukkan arah pusat tersebut dan sebelum tiba ke destinasi anda akan melalui perkampungan Orang Asli.