Laman Web Rasmi Jabatan PERHILITAN

Kawasan Perlindungan

BAHAGIAN KAWASAN PERLINDUNGAN

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 17 negara mega diversiti di dunia yang kaya dengan kepelbagaian biologi sama ada di darat atau di laut. Kepelbagaian flora dan fauna di Malaysia adalah sangat tinggi dan dianggarkan terdapat 15,000 spesies tumbuhan vascular di Malaysia, 306 spesies mamalia, 742 spesies burung, 654 spesies amfibia, 506 spesies reptilia, 2,068 spesies ikan air tawar dan marin, termasuk sebilangan besar spesies yang bersifat endemik.

Bagi memulihara dan memelihara sumber biodiversiti ini, sebahagian kawasan tertentu telah diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan yang diuruskan oleh agensi pengurusan yang berbeza, dikawal oleh undang-undang yang berbeza serta merangkumi pelbagai kategori Kawasan Perlindungan.

Takrifan Kawasan Perlindungan (Peringkat Antarabangsa)

IUCN DEFINITION

A dearly defined geographical space, recognised, dedicated and managed, through legal or other effective means, to achieve the long-term conservation of nature with associated ecosystem services and cultural values.

(A detailed explanation of the definition can be referred to in the Guideline for Applying Protected Areas Management Categories (Dudley, 2008)

CBD DEFINITION

A geographically defined area which is designated or regulated and managed to achieve specific conservation objectives. While the definitions have slight differences, both definitions make reference to the need for

i. a stated objective for biodiversity conservation;
ii. dedication or designation of a defined area;
iii. regulation and management.

Takrifan Kawasan Perlindungan (Peringkat Kebangsaan)

Semasa Bengkel Kebangsaan yang pertama “A Master List of Protected Areas in Malaysia”  pada 7-8 April 2008, para pemegang taruh telah berbincang mengenai Definisi Kawasan Perlindungan bagi Malaysia dan bersetuju untuk menggunakan definisi CBD. Oleh itu, takrifan bagi sebuah Kawasan Perlindungan ialah kawasan yang ditentukan, yang mempunyai peraturan tertentu dan diuruskan untuk tujuan konservasi biodiversiti dengan objektif pengurusan yang jelas.

**Sumber: A Protected Areas Master List of Malaysia; A Tool for National Biodiversity Conservation, Management and Planning (Ministry of Energy and Natural Resources), 2022.

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia adalah antara agensi/Jabatan yang memainkan peranan yang penting dalam pengurusan Kawasan Perlindungan di negara ini. Kawasan Perlindungan di bawah Jabatan PERHILITAN boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu taman negara, rizab hidupan liar, tanah lembap dan santuari hidupan liar. Bahagian Kawasan Perlindungan adalah Bahagian yang bertanggungjawab dalam mengurus dan memantau pelaksanaan perancangan dan dasar berkaitan Kawasan Perlindungan di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN.

Objektif dan fungsi Bahagian Kawasan Perlindungan adalah seperti berikut:

OBJEKTIF

  • Melindungi dan memulihara Kawasan Perlindungan serta komponen yang terkandung di dalamnya termasuk flora dan fauna daripada kepupusan; dan
  • Mengurus dan membangunkan Kawasan Perlindungan secara lestari bagi memberikan manfaat optima kepada manusia dan membawa kesejahteraan kepada generasi masa kini dan akan datang.

FUNGSI

  • Merangka dan menyelaras program dan aktiviti pengurusan Kawasan Perlindungan selaras dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan;
  • Memantau dan menilai pelaksanaan program serta aktiviti pengurusan Kawasan-kawasan Perlindungan Jabatan;
  • Membantu serta memberikan khidmat nasihat teknikal kepada pihak pengurusan taman negara, rizab hidupan liar, tanah lembap dan santuari hidupan liar; dan
  • Melaksanakan program dan aktiviti bagi memenuhi obligasi Negara di peringkat antarabangsa berkaitan pengurusan Kawasan Perlindungan.

SENARAI KAWASAN PERLINDUNGAN JABATAN PERHILITAN

Jabatan PERHILITAN mengurus dan menyelia sebanyak 35 buah Kawasan Perlindungan di sembilan (9) buah negeri di seluruh Semenanjung Malaysia yang melibatkan kawasan seluas 720,396.85 hektar. Senarai Kawasan Perlindungan di bawah pengurusan Jabatan PERHILITAN adalah seperti berikut:

NEGERI KAWASAN PERLINDUNGAN KELUASAN (HA)
Johor Rizab Hidupan Liar Segamat 12,979.54
Rizab Hidupan Liar Endau Kluang 101,107.15
Rizab Hidupan Liar Endau Kota Tinggi 43,520.10
Santuari Hidupan Liar Empat Pulau 12.18
Melaka Rizab Hidupan Liar Tanjung Tuan 74.08
Rizab Hidupan Liar Sembilan Pulau 25.14
Pahang Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal 60,551.61
Santuari Burung Kuala Pahang 1,482.70
Santuari Hidupan Liar Pahang Tua 1,335.00
Taman Negara Pahang 248,121.00
Tapak RAMSAR Tasik Bera 31,225.00
Rizab Hidupan Liar Pulau Tioman 8,018.85
Selangor Rizab Hidupan Liar Bukit Kutu 1,942.50
Santuari Hidupan Liar Bukit Fraser 2,974.00
Rizab Hidupan Liar Klang Gate 114.48
Rizab Hidupan Liar Bukit Kuala Selangor 44
Rizab Hidupan Liar Bukit Sungai Puteh 36
Rizab Hidupan Liar Sungai Dusun 4,330.00
Paya Indah Wetlands 450.77
Perak Santuari Hidupan Liar Batu Gajah 4
Santuari Burung Tasek Budiman 995
Rizab Tuntung Bota Kanan 6.3
Rizab Hidupan Liar Chior 401
Rizab Hidupan Liar Sungkai 3,305.00
Kedah Rizab Tuntung Bukit Pinang 1
Rizab Tuntung Sidam Kanan 1
Perlis Rizab Hidupan Liar Wang Pinang 67.94
Terengganu Taman Negara Terengganu 103,082.00
Rizab Tuntung Bukit Paloh 1
Kuala Lumpur Rizab Hidupan Liar Bukit Nenas 9.8
Rizab Hidupan Liar Bukit Sungai Puteh 14.5
Negeri Sembilan Santuari Hidupan Liar Pulau Port Dickson 212.8
Pusat Santuari Buaya Tembaga 3.408
Kelantan Taman Negara Kelantan 91,440.00
Pulau Pinang Taman Negara Pulau Pinang 2,508.00
JUMLAH KELUASAN 720,396.85
Harini: 21