Merancang dan mengendali program pemuliharaan atau konservasi hidupan liar terancam di luar habitat semulajadi bagi kelangsungan hidup melalui pembiakan dalam kurungan, pengurusan kesihatan, kesejahteraan, penyelidikan dan pembiakbakaan komersial.
Memberi khidmat veterinar serta menjalankan operasi menyelamat, rehabilitasi dan pelepasan hidupan liar ke habitat semulajadi.
Mengaplikasikan teknologi terkini bagi meningkatkan potensi konservasi hidupan liar seperti teknologi pembiakan berbantu (ART), penyelidikan genetik dan biobank hidupan liar, pemantauan penyakit zoonotik, ekologi serta analisis DNA hidupan liar bagi pembuktian forensik untuk pendakwaan kes-kes jenayah hidupan liar.