Semua lesen yang disenaraikan seperti di bawah akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) jam selepas permohonan lengkap diterima:
Lesen memburu hidupan liar,
Lesen menyimpan hidupan liar dan
Lesen perniagaan
Lesen atau permit CITES/Non-CITES import, eksport atau eksport semula hidupan liar dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari selepas permohonan lengkap diterima.
Sebarang aduan konflik hidupan liar dengan maklumat lengkap akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam
Orang ramai yang menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan dalam jangka masa yang ditetapkan di atas boleh klik di sini.