Berperanan dalam merancang dan melaksanakan pembangunan ekopelancongan secara lestari di kawasan-kawasan perlindungan termasuk Taman Negara selaras dengan Pelan Ekopelancongan Kebangsaan menerusi program-program berikut:
Perancangan Dan Pembangunan
Perancangan Pembangunan Lestari Ekopelancongan.
Mengenalpasti potensi produk dan aktiviti-aktiviti yang boleh dipromosikan di dalam kawasan perlindungan dan pusat-pusat konservasi.
Pemantauan dan Penilaian Ekopelancongan
Pemantauan dan penilaian kemudahan dan aktiviti ekopelancongan.
Rekabentuk Maklumat Ekopelancongan
Melibatkan perancangan dan merekabentuk bahan-bahan interpretif dan aktiviti-aktiviti ekopelancongan.
Pengurusan Perkhidmatan Ekopelancongan
Jabatan melaksanakan program pembangunan perkhidmatan ekopelancongan kepada masyarakat setempat di dalam kawasan perlindungan.
Merancang pelaksanaan Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat Tahap 2
Pengurusan hospitaliti dan interpretasi kawasan ekopelancongan Jabatan.Â