Laman Web Rasmi Jabatan PERHILITAN

Taman Negara Pahang, Kuala Tahan

Bagaimana Ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan

Bandar yang terdekat ialah Bandar Jerantut. Perjalanan dari Kuantan dengan menaiki kereta atau pengangkutan awam mengambil masa antara 3 hingga 4 jam. Dari Bandar Jerantut, pelawat boleh mengambil bas atau teksi ke Kuala Tahan, terletak lebih kurang 68 km dengan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Bandar Jerantut.

Permit dan Lesen

Setiap  pelawat mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00  setiap seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.

Penginapan

Jabatan PERHILITAN hanya menguruskan Taman Negara manakala kemudahan dan perkhidmatan diuruskan oleh masyarakat setempat dan pihak swasta. Bayaran sewaan tapak perkhemahan RM1.00 / seorang / malam.

Mutiara Taman Negara Resort menyediakan penginapan bagi pelawat yang ingin menginap di dalam kawasan Taman Negara. Penginapan juga terdapat di sekitar Kuala Tahan yang terdiri daripada banglo, suite, syele dan asrama. Terdapat juga tapak perkhemahan yang diuruskan oleh Mutiara Taman Negara Resort dan pengusaha tempatan di sekitar Kuala Tahan. Maklumat mengenai penginapan dan aktiviti serta tempahan di Mutiara Taman Negara boleh dihubungi melalui talian 09-2662200 / 09-2663500, atau fax ke 09-2661500 atau layari laman web www.mutiarahotels.com

Aktiviti
Aktiviti
Bermalam di Bumbun
  • Bermalam di bumbun untuk memerhati hidupan liar yang melawat kawasan jenut berhampiran.
  • Bayaran RM5.00 setiap seorang dikenakan bagi satu malam.
Titian Kanopi
  • Menikmati pemandangan Taman Negara dari atas titian kanopi sepanjang 283 meter, tergantung lebih kurang 45 meter dari aras tanah.
  • Bayaran RM5.00 (dewasa) dan RM3.00 (kanak-kanak).
Kembara GuaMengembara di kawasan hutan batu kapur dan melihat gua-gua seperti Gua Daun Menari, Gua Kepayang Besar dan Gua Kepayang Kecil.
Eksplorasi SungaiMenyusuri Sungai Tembeling dan Sungai Tahan melalui beberapa buah jeram yang menarik.
MemancingAktiviti memancing di Sungai Keniam serta berkhemah di tapak perkhemahan Kuala Perkai.
Pemerhatian BurungTaman Negara adalah syurga pemerhati burung dengan 380 spesies termasuk burung enggang, kuang, takur, kesumba dan sambar.
Mendaki Gunung Tahan
  • Pendakian selama 7 hari ke gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.
  • Pemandu arah diwajibkan (RM1,800 untuk 7 hari).
  • Disyorkan dari Mac hingga Ogos. Tutup dari Nov hingga Jan. Maksimum 10 orang/guide.
Lawatan ke penempatan Orang Asli dan Rapids ShootingLawatan ke perkampungan Orang Asli di Jeram Dedari. Rapids shooting: RM180/bot (maks 4 orang), RM280/bot (maks 12 orang).
Eksplorasi HutanMenikmati alam semula jadi Taman Negara di sepanjang Rentis Teresek.
Lawatan ke Lata BerkohAktiviti berkelah dan menikmati alam. Bayaran bot: RM200/bot (maks 4 orang).
Lawatan ke Santuari Kelah Lubuk TenorMemberi makan dan memerhati ikan kelah. Bayaran bot: RM200/bot (maks 4 orang).
BerkhemahBayaran RM1.00/orang/malam (tapak biasa), RM5.00/orang/malam (tapak diurus Mutiara Resort).
Pendakian Gunung Tahan
LaluanTempoh
Kuala Tahan > Gunung Tahan > Kuala Tahan7 hari 6 malam
Kuala Tahan > Gunung Tahan > Kuala Juram (Merapoh)7 hari 6 malam

Laluan atau rentis asal ke puncak Gunung Tahan yang bermula dari Kuala Tahan meliputi jarak yang lebih jauh dan mencabar. Laluan ini memerlukan pendaki menyeberangi sungai sebanyak tujuh kali serta mendaki 27 puncak gunung.

Laluan Kuala Tahan > Puncak Gunung Tahan (Ketinggian)
Laluan dari Kuala Tahan ke Puncak Gunung Tahan (Ketinggian)Anggaran Jarak (KM)
Kuala Tahan (60m) – Melantai (100m)12.0
Melantai (100m) – Gunung Rajah (576m)9.0
Gunung Rajah (576m) – Putih (156m)4.0
Putih (156m) – Teku (168m)7.0
Teku (168m) – Kem Wray (898m)5.0
Kem Wray (898m) – Pankin (1462m)12.0
Pankin (1462m) – Gunung Tangga 15 (1500m)1.5
Gunung Tangga 15 (1500m) – Gunung Reskit (1666m)2.5
Gunung Reskit (1666m) – Gunung Gedung (2066m)3.0
Gunung Gedung (2066m) – Gunung Tahan (2187m)7.0

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Penguasa
Taman Negara Pahang, Kuala Tahan 27020 Jerantut, Pahang
Tel: 09-266 1122/09-266 4152
Faks: 09-266 4110
E-mel:tnp@wildlife.gov.my

Harini: 12