Pelawat boleh sampai ke Tanjung Mentong melalui dua jeti sama ada Pengkalan Gawi atau Jenagor. Pekan Kuala Berang merupakan pekan terdekat. Perjalanan ke sana akan merentasi Tasik Kenyir, tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia yang mengambil masa kira-kira 45 minit dengan menggunakan bot laju dari Pengkalan Gawi.