Laman Web Rasmi Jabatan PERHILITAN

Tapak RAMSAR Tasek Bera

Bagaimana ke Tapak RAMSAR Tasek Bera

Tapak Ramsar Tasek Bera adalah merupakan tasik semulajadi yang terbesar di Malaysia dan telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal juga dikenali sebagai (Kawasan Pemuliharaan Tasek Bera) Dibawah Konsvenyen Ramsar. Untuk ke kawasan Tapak Ramasar Tasek Bera, anda boleh mengikuti rangkaian jalan raya. Lokasinya terletak kira-kira 70 km dari Bandar Temerloh dan pekan yang hampir adalah Bandar Bera terletak kira-kira 40 kilometer.Anda boleh menggunakan kenderaan persendirian ataupun perkhidmatan pengangkutan awam dari pekan yang berhampiran.

Kemudahan

Jabatan PERHILITAN hanya menguruskan kawasan Tapak RAMSAR Tasek Bera manakala kemudahan, perkhidmatan dan aktiviti (konservasi dan rekreasi) diuruskan oleh Badan Pelancongan Negeri Pahang.

Bil

Kemudahan

1.

 Chalet

2.

 Tapak Perkhemahan

3.

 Surau

4.

 Tandas Awam

Aktiviti

Bil

Aktiviti

1.      

 Merentis Hutan

2.      

 Memancing

3.      

 Pemerhatian burung

4.      

 Menyusuri Tasik

5.      

 Melawat perkampungan orang asli dan kaum orang asli Semelai

6.      

 Pusat Pengembangan Biodiversiti / Kesedaran Awam (Biodiversiti)

*Walaubagaimanapun aktiviti di atas tidak dapat dijalankan buat masa ini di atas sebab penutupan resort bagi kerja kerja menaik taraf resort serta kemudahan  pelancongan mulai Jan 2020  sehingga ke tarikh yang akan dimaklum kemudian.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Penguasa
Unit Pengurusan Tapak RAMSAR Tasek Bera
Jabatan PERHILITAN 28200 Bera, Pahang
Tel: 09-246 4020/ 246 4021
Fax: 09-246 4022
Email : bera@wildlife.gov.my

Harini: 4